TERDAPAT banyak teknologi AI yang boleh digunakan sekarang masing-masing dengan kelebihan tersendiri.

Tetapi kesemuanya mempunyai satu kekurangan yang ketara iaitu kandungan yang dijana tidak boleh dikawal sepenuhnya oleh pengguna.

Oleh itu Adobe Research Team telah membangunkan Project Music GenAI Control yang boleh menjana muzik berdasarkan prom yang dimasukkan tetapi dengan kawalan lebih terperinci.



Sebagai contoh, muzik boleh dijana menggunakan satu sampel yang dimasukkan oleh pengguna. Mungkin anda ingin menjana muzik seakan Hans Zimmer, misalnya.

Kemudian ia boleh diberikan arahan untuk mengubah genre muzik tadi atau menghasilkan audio berulang untuk digunakan sebagai muzik latar dalam video.

Ia juga boleh diarahkan untuk menghasilkan muzik untuk tempoh masa tertentu dengan jitu.

Dengan ini, isu mencari muzik yang sesuai untuk video dan menghabiskan masa menyuntingnya dapat dikurangkan.

Menurut Adobe ia memberikan kuasa di tangan pengguna seakan kuasa yang diberikan kepada pengguna Photoshop pada ketika ini. -Amanz